Sunday, October 10, 2010

Monitor Terpakai

Salam sejahtera. Barang terpakai ok ke ? Ntah-ntah dah rosak. Persoalan yang selalu timbul menyebabkan kita tak jadi beli barang terpakai. Sebenarnya konsep jualan barangan terpakai dah lama orang buat cuma pandai-pandai la pilih kualitinya.Nasib baik dapat barangan yang tak pernah dipakai cuma ditag sebagai barangan terpakai. Cuba tengok 'cash and converter, buy and sell, garage sell, bundle last sekali used car kira barangan terpakai jugak kan.Heheh. Lelong.com, oxl, macam-macam lah. Ramai je orang contohnya pi la jengok-jengok cash n converter kat kawasan berdekatan yang pakai kemeja yang pakai selipar yang pakai kasut berkilat ramai je pi jengok barangan kat situ.Murah dan mudah.

Beberapa minggu lepas gi beli nasik lemak bla nak bayar hulur la RM2.50, bang nasik lemak dah naik RM0.50 kuih pun 3 ketul RM1.00 dah macam ehsan upin ipin. 3 singgit 3singgit.Mak aiii semua barang dah naik. Gaji tak berapa nak naik belum lagi dikira kos sara hidup kat Lembah Kelang ni boleh pitam dibuatnya.

Jadi bermula la episod mencongak-congak macam mana dengan orang yang berpendapatan rendah boleh survive ke, ni la dikatakan fenomena urban poor gaji kalau takat RM1000 kat lembah kelang ni jawabnya makan meggi la.

So sebagai alternatif kena cari barang yang berkualiti tapi murah. Hidup mesti diteruskan. Macam mana???? carik la barangan terpakai takkan nak mencuri kot. Heh.heh Tapi sebagai pengguna anda sendiri boleh buat penilaian. Kalau duit dah banyak sangat lain cerita tapi buat apa nak membazir kalau boleh berjimat. Tuuu sebab la kat Malaysia ni kempen reuse n recycle tak menjadi sebab masing-masing tak ambil peduli.

Ok...So jengok-jengok la laman blog ni. Bagi sesiapa nak dapatkan monitor crt yang murah dan berbaloi-baloi save budget. Ngape tak jual lcd ? Bukan tak mau cuma nak bagi pilihan pada yang budget ciput. LCD RM100+++ CRT RM100---.Fungsi sama je betul tak lain la kalau pakai lcd boleh meningkatkan produktiviti. So kena tanya pada diri nak beli sesuatu tu kerana keperluan ke kerana keinginan. So merdekakan diri anda sempena sambutan kemerdekaan ke 53. Jadi semak-semak la stok monitor kat dalam ni kot berkenan rojer-2.

2 comments:

  1. saya ada 4 monitor crt rosak. kat mana ye boleh jual utk recycle

    ReplyDelete
  2. Ada tak sesiapa yang masih ada monitor CRT untuk dijual? Saya dah cari kat merata tempat tapi tak berjaya.Kat mana masih ada lagi?

    ReplyDelete