Sunday, October 10, 2010

Monitor Terpakai

Salam sejahtera. Barang terpakai ok ke ? Ntah-ntah dah rosak. Persoalan yang selalu timbul menyebabkan kita tak jadi beli barang terpakai. Sebenarnya konsep jualan barangan terpakai dah lama orang buat cuma pandai-pandai la pilih kualitinya.Nasib baik dapat barangan yang tak pernah dipakai cuma ditag sebagai barangan terpakai. Cuba tengok 'cash and converter, buy and sell, garage sell, bundle last sekali used car kira barangan terpakai jugak kan.Heheh. Lelong.com, oxl, macam-macam lah. Ramai je orang contohnya pi la jengok-jengok cash n converter kat kawasan berdekatan yang pakai kemeja yang pakai selipar yang pakai kasut berkilat ramai je pi jengok barangan kat situ.Murah dan mudah.

Beberapa minggu lepas gi beli nasik lemak bla nak bayar hulur la RM2.50, bang nasik lemak dah naik RM0.50 kuih pun 3 ketul RM1.00 dah macam ehsan upin ipin. 3 singgit 3singgit.Mak aiii semua barang dah naik. Gaji tak berapa nak naik belum lagi dikira kos sara hidup kat Lembah Kelang ni boleh pitam dibuatnya.

Jadi bermula la episod mencongak-congak macam mana dengan orang yang berpendapatan rendah boleh survive ke, ni la dikatakan fenomena urban poor gaji kalau takat RM1000 kat lembah kelang ni jawabnya makan meggi la.

So sebagai alternatif kena cari barang yang berkualiti tapi murah. Hidup mesti diteruskan. Macam mana???? carik la barangan terpakai takkan nak mencuri kot. Heh.heh Tapi sebagai pengguna anda sendiri boleh buat penilaian. Kalau duit dah banyak sangat lain cerita tapi buat apa nak membazir kalau boleh berjimat. Tuuu sebab la kat Malaysia ni kempen reuse n recycle tak menjadi sebab masing-masing tak ambil peduli.

Ok...So jengok-jengok la laman blog ni. Bagi sesiapa nak dapatkan monitor crt yang murah dan berbaloi-baloi save budget. Ngape tak jual lcd ? Bukan tak mau cuma nak bagi pilihan pada yang budget ciput. LCD RM100+++ CRT RM100---.Fungsi sama je betul tak lain la kalau pakai lcd boleh meningkatkan produktiviti. So kena tanya pada diri nak beli sesuatu tu kerana keperluan ke kerana keinginan. So merdekakan diri anda sempena sambutan kemerdekaan ke 53. Jadi semak-semak la stok monitor kat dalam ni kot berkenan rojer-2.

Cerita Menarik Yang Perlu Dibaca

Mengapa dan kenapa nak beli monitor terpakai dengan saya. So kat sini saya senaraikan apa yang boleh dijadikan sebagai panduan anda :

1. Anda boleh trade in monitor rosak saya ambil RM10 . Menarik bukan. Kalau hantar repair pun cost dia untuk monitor 17 inci RM60 keatas. Kalau tak percaya boleh tanya dulu. Jadi jangan buang masa trade in je la. Dapat juga save budget untuk beli monitor terpakai. Boleh dikitar semula kan satu amalan yang baik.

2. Saya bagi warranty 3 hari. Orang lain mungkin bagi mungkin tak bagi. Mengapa 3 hari selalunya kalau monitor ada masalah tak payah tunggu 3 hari 1 jam pakai pun dah tahu ada problem. Saya bagi 3 hari supaya anda lenjan kaw-kaw.

3. Kalau tak sampai 3 hari dah jahanam saya pulangkan semula duit anda atau anda boleh pilih unit yang lain bergantung kepada stok. Tapi jahanam tu sebab keuzuran monitor la bukan sengaja bagi jahanam kemudian nak duit semula. Tapi kena consider used condition biasala warna casing kuning sikit-sikit serta kekurangan kat monitor tu.

4. Anda boleh datang ke tempat saya boleh try, cuba, test puas hati boleh beli. Part ni yang paling penting. Saya amat galakkan anda tengok dulu monitor yang nak dibeli takut nanti timbul sebarang isu. Tak mau la nanti orang kata saya jual barang rosak. Tapi kalau tak mau test dulu terpulang, anda yang membuat pilihan. Kalau tak puas hati jangan salahkan orang lain. Biasa la macam beli kereta terpakai kadang-kadang body hampeh engine cun lagi ada jugak body cun tapi engine tunggu masa je nak nak masuk bengkel. So pikir la sendiri Selalunya ada beberapa unit bukan seketul je. Tapi sms / call dulu supaya saya pastikan ada stok untuk dipilih.

5. Sabtu ke ahad ke malam ke tapi jangan la sampai pukul 10.00 ke atas kita boleh deal. So kalau dah emergency nak siapkan tugasan tak payah tunggu kedai buka esok pagi. Rojer-2 aje.

6. So anda boleh banding-bandingkan perkhidmatan yang saya berikan. Apa lagi rojer-rojer la.

Dell




Jenama : Dell
Model : E551
Saiz : 15 inci
Warna : Putih
Harga : RM50
Stok : 3 unit ( Tinggal 1 unit )

Rojer2 :0173003511 zam

REVIEW

Cantik lagi macam dalam gambar. Casing putih tak bewarna kuning. Boleh datang test sampai puas hati. Harga berpatutan.

Samsung Magic SyncMaster




Jenama : Samsung Magic SynsMaster
Model : CPN175G
Saiz : 17 inci
Warna : Putih
Harga : RM70
Stok : 0 unit ( dah let go)
Rojer2 :0173003511 zam




Saturday, October 9, 2010

HP


Jenama : HP
Model : 7540
Saiz : 17 inci
Warna : Hitam
Harga : RM80
Stok : 0 unit ( dah let go )

Rojer2 :0173003511 zam

Friday, September 10, 2010

Dell




Jenama : Dell
Model : FLAT SCREEN
Saiz : 17 inci
Warna : Hitam
Harga : RM65
Stok : 30 unit ( Tinggal 20 unit )

Rojer2 :0173003511 zam

TAWARAN MENARIK NAK CLEAR STOK RM 65 JE . HARGA LAMA RM 80. BERBALOI-BALOI. SIAPA CEPAT DIA DAPAT.